Terkini@PRIHATIN

KAMI PRIHATIN

[10 November 2022] - PROGRAM KAMI PRIHATIN SEMPENA JELAJAH PENDIDIKAN KELUARGA MALAYSIA Program KAMI PRIHATIN Sempena Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh, Sungai Buloh. YBhg. Dato' Mohd Aizuddin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN telah menyempurnakan majlis ini. Penyerahan Sumbangan Bantuan Barangan Kelengkapan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Mohd Aizuddin kepada pelajar yang layak. Antara barangan bantuan adalah sumbangan wang tunai dan barangan kelengkapan sekolah. Perkhidmatan dan Pemeriksaan Mata Percuma turut diadakan khas bagi para pelajar di sekolah tersebut. Turut hadir YBrs. Puan Nori Tun Abdullah, Pengerusi Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG).

[11 November 2022] - PROGRAM KAMI PRIHATIN SEMPENA JELAJAH PENDIDIKAN KELUARGA MALAYSIA Program KAMI PRIHATIN Sempena Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Seksyen 11 Kota Damansara, Selangor. Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Muhammad Fareez Bin Abu Suaib Khan, Pengarah Pendidikan PRIHATIN. Penyerahan Sumbangan Bantuan Barangan Kelengkapan Pembelajaran telah disampaikan kepada pelajar-pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Seksyen 11 Kota Damansara. Perkhidmatan dan Pemeriksaan Mata Percuma turut diadakan bagi pelajar sekolah tersebut.

JELAJAH PENDIDIKAN KELUARGA MALAYSIA

[8 Julai 2022] - Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dengan kerjasama Yayasan PETRONAS dan Yayasan Hasanah telah diadakan di peringkat Kuala Selangor. Program ini telah disempurnakan oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan di Dewan Dato' Penggawa Permatang, Kuala Selangor. YB Senator turut menyerahkan surat tawaran kemasukan belajar kepada pelajar yang layak daripada PUSRAWI International College of Medical Sciences (PICOMS) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dalam satu majlis simbolik. 20 tapak pameran yang terdiri daripada universiti pengajian awam / swasta, TVET dan lain-lain telah dibuka bagi memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM dari tahun 2017 - 2021 untuk sambung belajar. Pemeriksaan dan Pemberian Cermin Mata Percuma juga diadakan bagi para pelajar yang hadir.

[1 April 2022] - Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) telah diadakan di peringkat negeri Pulau Pinang. Program ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang di Dewan Besar UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang. Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak turut menyerahkan surat tawaran kemasukan belajar kepada pelajar yang layak daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Antarabangsa (UNITAR) dalam satu majlis simbolik. 26 tapak pameran yang terdiri daripada universiti pengajian awam / swasta, TVET dan lain-lain telah dibuka bagi memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM dari tahun 2016 - 2020 untuk sambung belajar. Tuan Yang Terutama Tun turut meluangkan masa untuk Solat Jumaat dengan Sekretariat JPKM dan Warga UiTM Pulau Pinang.

[6 Mac 2022] – Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) telah melancarkan Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) di peringkat nasional. Program ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Perdana Menteri di Dewan Serbaguna Jalan Genuang, Segamat, Johor. Turut diadakan sama Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama untuk JPKM di antara Rakan Strategik dan PRIHATIN. Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia 2022 (JPKM) merupakan kesinambungan dari Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) yang telah dianjurkan pada tahun 2016 - 2018. JPKM 2022 ini juga merupakan inisiatif & projek khas YAB Perdana Menteri dalam membuka peluang kepada akses pendidikan tinggi negara kepada seluruh masyarakat terutama penduduk di kawasan pedalaman ataupun luar bandar.

KEMBARA RAMADAN PRIHATIN

[30 April 2022] - PRIHATIN telah mengadakan Penyerahan Bubur Lambuk pada Majlis Iftar Perdana yang disempurnakan oleh YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Kesihatan di Kediaman Menteri Kesihatan, Rembau, Negeri Sembilan. Turut hadir Dato' Mohd Aizuddin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN.

[28 April 2022] - PRIHATIN dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pertubuhan Strategis Bersatu (STRATEGIS) telah mengadakan Penyerahan Sumbangan Baju Raya dan Sumbangan Tunai PRIHATIN kepada Penunggang E-Hailing, Pemandu Teksi, Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (GERAKWANIS), Pertubuhan Badan Amal Warga Asnaf Malaysia (BAWA) dan penerima daripada Rumah Titian Kaseh. Majlis telah disempurnakan oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang bertempat di Masjid Azzubair Ibnul Awwam, Cheras.

[12 April 2022] - PRIHATIN telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Sumbangan Zakat PRIHATIN kepada Anak-Anak Tahfiz yang telah disempurnakan oleh Dato' Haji Mohd Aizuddin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN di Madrasah Darul Ulum Zaiyadal. Tazkirah Ramadan dan Solat Tarawih berjemaah yang diimamkan oleh Dato' Tuan Asmawi Tuan Umar, Imam Kanan Masjid Wilayah Persekutuan Merangkap Penasihat Audit & Kualiti Dalaman PRIHATIN turut diadakan.

SENTUHAN KASIH PRIHATIN X DXN

[6 Februari 2022] – Seramai 500 mangsa banjir telah menerima manfaat dari Program Sentuhan Kasih PRIHATIN x DXN hasil kerjasama Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan DXN Holdings Berhad. Program yang berlangsung di Dewan Kampung Bestari Jaya, Kampung Bestari Jaya, Selangor itu turut disertai oleh YB Tan Sri Noh Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang. Selain itu, YB Tan Sri Noh Hj. Omar turut menyantuni ke rumah mangsa-mangsa banjir yang terkesan bagi menyelami denyut nadi penduduk dibawah parlimen kawasan beliau. Pihak PRIHATIN x DXN telah bermurah hati memberi sumbangan berbentuk periuk nasi, dapur gas dan beg makanan asas kepada mangsa banjir yang terjejas.

[30 Jan 2022] - Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dengan kerjasama DXN Holdings Berhad (DXN) dalam Misi Khas Pasca Banjir Sentuhan Kasih PRIHATIN x DXN telah mengagihkan barangan keperluan makanan asas, tilam, periuk nasi elektrik dan sumbangan berbentuk wang tunai kepada penduduk Taman Dato’ Ombi, Kampung Jelebu Tengah, Negeri Sembilan. Majlis disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali, CEO Prihatin, Prof. Madya Datuk Ahmad bin Hj. Khalid, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Dato’ Ombi, Kampung Jelebu Tengah, Negeri Sembilan dan E. Fareez Khan, Pengarah Pendidikan dan Keusahawanan PRIHATIN.

[15 Januari 2022] - PRIHATIN dengan kerjasama DXN Holdings Berhad telah mengagihkan barangan keperluan kepada 500 mangsa banjir bertempat di dua lokasi, Kampung Sungai Serai, Hulu Langat dan Kampung Bukit Lanchung, Subang Jaya. Antara barangan keperluan yang diagihkan adalah mesin basuh, tilam, kipas, pakaian dan barangan makanan serta keperluan asas. Pengagihan tersebut dilakukan oleh Dato' Mohd Aizuddin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN.

KASIH PRIHATIN – MAIWP

[29 Disember 2021] - PRIHATIN dengan kerjasama MAIWP dan DXN Holdings Berhad telah mengadakan Program Kasih PRIHATIN-MAIWP Covid-19 dan Majlis Penyerahan Replika Cek PRIHATIN DXN yang telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Mohd Jaafar Embong, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia mewakili YBhg. Datuk Mohd Nizom Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) bertempat di Pusat Komuniti Sentul Perdana, Kuala Lumpur. Majlis ini diadakan bagi membentangkan laporan aktiviti Program Kasih PRIHATIN-MAIWP yang telah dilakukan bermula September 2021 hingga Disember 2021. Majlis ini juga diadakan bersempena penyerahan sumbangan sebanyak RM 1.56 juta oleh DXN kepada PRIHATIN sempena Misi Khas Kasih x PRIHATIN DXN Pasca Banjir selain memberi bantuan sumbangan bakul makanan dan kelengkapan peralatan sekolah kepada seramai 35, 719 penerima di bawah kategori asnaf yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

[18 Oktober 2021] - PRIHATIN telah mengagihkan Bakul Makanan Kasih PRIHATIN-MAIWP di Surau (Jumaat) Al-Syakirin. Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi). Seramai 235 penerima daripada anak-anak Kelantan di perantauan menerima manfaat dari Program Kasih PRIHATIN-MAIWP.

[6 Oktober 2021] – Seramai 2,000 penerima yang layak di bawah kategori asnaf telah menerima manfaat dari Program Kasih PRIHATIN-MAIWP hasil kerjasama Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) serta rakan strategik Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN) yang diadakan dalam satu Majlis Pengagihan Bakul Kasih Prihatin MAIWP disempurnakan oleh YB Senator Tuan Hj. Idris Bin Hj. Ahmad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di PPR Pinggiran Bukit Jalil, Kuala Lumpur.