Perutusan CEO

DATO' HAJI MOHD AIZUDDIN MOHD GHAZALI

Ketua Pegawai Eksekutif

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah segala puji dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya, maka Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) terus melakar pelbagai kejayaan dan pencapaian dari tahun ke tahun.

PRIHATIN ditubuhkan dengan matlamat mahu memanifestasi rasa syukur dan sifat saling membantu kepada yang memerlukan menerusi aktiviti kebajikan dan kesukarelawanan yang dilaksanakan.

Justeru, laman web ini menjadi antara platform untuk menyampaikan maklumat dan informasi tentang gerak kerja dan program-program yang dijalankan oleh PRIHATIN kepada masyarakat dan rakyat Malaysia di seluruh pelusuk tanah air.

PRIHATIN telah berjaya melebar luas peluang dan aksessibiliti kebajikan, khususnya dalam menterjemah aspirasi kerajaan untuk membantu rakyat kurang berkemampuan terutama dalam bidang pendidikan, kini tercapai.

Justeru, kita tidak mahu anak-anak kita yang layak ini tidak dibantu dan diberi peluang untuk meneruskan pelajaran mereka hanya kerana jurang pendapatan dan kemiskinan kerana mereka inilah yang akan menjadi generasi peneraju legasi masa depan negara. Di sinilah peranan PRIHATIN selaku penggerak utama untuk menyediakan pelbagai bantuan kepada golongan miskin dan tidak berkemampuan ke arah kehidupan yang lebih baik.

Atas dasar kesedaran dan cakna kepada golongan muda terutamanya golongan mahasiswa, PRIHATIN kini berusaha mengumpul dana untuk disalurkan sebagai dermasiswa dan bentuk bantuan lain kepada kumpulan sasar termasuk pemimpin-pemimpin pelajar yang kurang berkemampuan dari segi kewangan.

Saya juga sentiasa mengharapkan sokongan dan sumbangan dari pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, GLC, korporat dan individu perseorangan dalam membantu dan menjayakan misi PRIHATIN. Semua pihak memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya sebagai salah satu Corporate Social Responsibility (CSR) mereka dalam membantu PRIHATIN menjana kewangan melalui Tabung Pendidikan PRIHATIN dan Tabung Kasih PRIHATIN.

‘KAMI PRIHATIN, WE CARE’