Tabung Pendidikan PRIHATIN

Tabung Pendidikan Prihatin ini diwujudkan bagi membantu para pelajar yang memerlukan bantuan terutamanya dari segi kewangan seperti dari golongan asnaf, masyarakat luar bandar dan miskin bandar melalui skim yang ditetapkan seperti zakat, biasiswa dan dermasiswa. Sumbangan yang disediakan hasil daripada dana untuk tabung ini terdiri daripada pelbagai jenis bantuan. Antaranya adalah bantuan awal tunai Pendidikan, bantuan tablet dan komputer riba berjenama, bantuan kelengkapan asas ke IPT (Beg Bagasi) dan Pemberian Cermin Mata percuma. Dana yang terkumpul di Tabung Pendidikan Prihatin merupakan hasil dari aktiviti kebajikan dan program-program PRIHATIN bersama Rakan Strategik.