PEMUKIMAN PENGHULU PENGGAWA MADANI
Pemukiman Penghulu Penggawa Madani Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah dianjurkan oleh Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia (KPPSM) Pusat dan Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN). Program ini telah diadakan selama 2 hari 1 malam pada 20 dan 21 Julai 2023. Antara tujuan program ini adalah untuk membuka ruang kepada Penghulu/Penggawa menyampaikan segala isu berkaitan secara terus kepada pihak Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Perdana Menteri dan memperkasa peranan Penghulu/Penggawa kepada tahap yang lebih tinggi selaras dengan tugas, peranan dan tanggungjawab yang semakin bertambah.