WILAYAH SIHAT MALAYSIA MADANI
Wilayah Sihat Malaysia Madani adalah program kolaborasi Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Doctors on Ground (DnG) dalam mencari, mengenal pasti dan menyantuni para penduduk di PPR sekitar Wilayah Persekutuan dan Kuala Lumpur yang mempunyai masalah kesihatan yang teruk dan kritikal. Barangan kesihatan dan perubatan disalurkan mengikut keperluan setiap pesakit.