Terkini@PRIHATIN

Kunjungan Hormat PRIHATIN kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB)

17 Mac 2021 – Hari ini telah berlangsung satu sesi kunjungan hormat delegasi Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) kepada YB Datuk Dr. Abd Latiff bin Ahmad, Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sempena Hari Bertemu Pelanggan KPLB.

Dalam kunjungan hormat ini, PRIHATIN telah berbincang dan berurusan dalam mengatur kerjasama strategik Jelajah Pendidikan Prihatin bersama Institut Pendidikan MARA (IPMa) seperti Universiti Kuala Lumpur (UniKL), GiatMARA, Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan lain -lain lagi institut yang melibatkan 10 buah IPMa.

Selain itu, turut dibentangkan adalah laporan program lepas yang telah dianjurkan bersama IPMa. PRIHATIN berharap kerjasama yang terjalin menerusi hubungan dua hala ini boleh memperkasa agenda Pendidikan pelajar- pelajar bumiputera yang tercicir dalam arus Pendidikan Tinggi Negara. PRIHATIN juga berfungsi menjadi pemudah cara dalam mencari dan memanjangkan permohonan kemasukan pelajar bagi tujuan penempatan.

Turut hadir bersama dalam kunjungan hormat ini adalah Prof. Emeritus Tan Sri Ir.Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Penasihat Pendidikan & Biasiswa PRIHATIN dan Dato’ Mohd Aizuddin bin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN.