Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia 2022 (JPKM) merupakan kesinambungan dari Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) yang telah dianjurkan pada tahun 2016 – 2018. Program yang berbentuk pameran pendidikan ini, melibatkan penyertaan seluruh Universiti Awam (UA) dan Institusi Kemahiran Tinggi dalam negara. 

JPKM 2022 ini juga merupakan inisiatif & projek khas YAB Perdana Menteri dalam membuka peluang kepada akses pendidikan tinggi negara kepada seluruh masyarakat terutama penduduk di kawasan pedalaman ataupun luar bandar. Sekretariat JPKM akan menjelajah ke seluruh negara bagi Mencari, Mengenal dan Membantu sasaran seramai 50,000 pelajar lepasan SPM tahun 2016 – 2021 yang merupakan anak-anak Keluarga Malaysia yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan dari segi kewangan di seluruh negara.