Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) merupakan sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan hasil inisiatif YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan Malaysia bertujuan menyediakan pelbagai bantuan kepada golongan miskin dan tidak berkemampuan terutamanya di kalangan golongan muda ke arah kehidupan yang lebih baik melibatkan 3 teras utama iaitu Pendidikan, Keusahawan dan Kepimpinan. PRIHATIN turut menjadi penggerak utama membantu kerajaan ke arah memberi impak luar biasa dalam melaksanakan program-program bercorak kemasyarakan di seluruh pelusuk tanahair.
PRIHATIN
diurustadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah dan diperbadankan melalui Syarikat
Berhad Menurut Jaminan (SBMJ) pada 21 Februari 2021 di bawah Akta Syarikat
2016. Kekuatan PRIHATIN dapat diterjemah dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan
CSR dan juga program kepimpinan di kalangan mahasiswa, belia dan usahawan muda.
Hal ini adalah untuk membangkitkan semangat dan keyakinan anak muda dalam
menyelusuri kehidupan yang semakin mencabar.
PRIHATIN
tidak mempunyai sumber kewangan utama yang tetap dan bagi memastikan dana yang
mencukupi, PRIHATIN sentiasa mengalu-alukan sumbangan kewangan daripada
individu, agensi kerajaan, sektor swasta dan sebagainya. Semua sumbangan kepada
PRIHATIN akan dikecualikan daripada cukai seperti yang telah diwartakan oleh
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui Warta Kerajaan Bil. No.2121 bertarikh
21hb Februari 2021.