MALAM SIMFONI KASIH

Malam Simfoni Kasih (MASK) adalah inisiatif Jabatan Penjara Malaysia melalui Yayasan Koreksional Malaysia, Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Persatuan Isteri, Anak & Anggota Serta Kakitangan Wanita Penjara Malaysia (PERSIAP) sebagai penghargaan kepada Tuanku yang telah banyak memberi peluang dan ruang kepada jabatan untuk berkarya dan melebarkan sayap untuk dipertontonkan kepada dunia. Seterusnya, tujuan majlis ini adalah bagi mewujudkan kerjasama strategik bersama badan kerajaan dan swasta dalam melaksanakan program komuniti dan kemasyarakatan yang holistik.