KARNIVAL FELDA MADANI

Karnival Felda Madani adalah anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Perdana Menteri dan Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dengan kerjasama Federal Land Development Authority (FELDA) yang menjadi sebahagian dari inisiatif Kerajaan dalam memupuk semangat komuniti melalui perpaduan sosial bagi mewujudkan asas yang kukuh serta kehidupan yang bersatu padu serta harmoni selaras dengan visi Malaysia Madani iaitu bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang madani, maju, terampil dan terangkum. Karnival ini juga merupakan program kemasyarakatan yang diadakan di kawasan Felda bagi menyantuni para peneroka dan masyarakat setempat.