PROGRAM KEPIMPINAN ANAK MUDA MADANI

Program Kepimpinan Anak Muda Madani ini adalah anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dan Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN). Program ini merupakan hasrat Kerajaan untuk melahirkan generasi belia yang mempunyai ciri-ciri pemimpin yang berketerampilan dan mahir berkomunikasi serta berdaya saing dapat direalisasikan. Dengan erti kata lain, program ini adalah untuk melahirkan generasi belia yang berwawasan selari dengan wadah ‘Malaysia Madani’, di samping memastikan kehidupan yang lebih sempurna dalam menghadapi cabaran yang mendatang. Para pelajar mendapat suntikan motivasi dan pengetahuan yang seharusnya mereka ada bagi persediaan menghadapi masa hadapan dengan lebih yakin dan berani.