Sentuhan Kasih PRIHATIN x DXN

Sentuhan Kasih PRIHATIN x DXN merupakan satu inisiatif oleh NGO dan organisasi korporat dalam menunjukkan keprihatinan mengurangkan beban mangsa-mangsa banjir yang terkesan dengan banjir besar melanda negara  baru-baru ini. Program ini dilaksanakan bagi menyahut seruan kerajaan  dalam mendepani cabaran bersama- sama dan hidup sebagai ‘Keluarga Malaysia’ yang membantu antara satu sama lain. Bantuan berupa wang tunai, keperluan asas, dan bantuan makanan ini sedikit sebanyak diharapkan agar dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh semua mangsa yang terlibat.