My Malaysian Awards & Charity Night 2021

My Malaysia Awards & Charity Night 2021 merupakan Majlis Penganugerahan & Malam Amal yang dianjurkan oleh  Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN), Money Compass dan Gabungan Persatuan-Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA).

Majlis Anugerah & Malam Amal yang gah ini telah berlangsung di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Berkembar Bank Rakyat pada 25 November 2021.

Penamaan bagi penganugerahan juga terbuka kepada syarikat dan organisasi tempatan Malaysia dengan inisiatif bagi memaparkan hasil kecemerlangan syarikat dan organisasi yang boleh menjadi penanda aras dan contoh bagi pencapaian yang diterima terutama dalam bidang ‘Corporate Social Responsibility’ (CSR), patriotisme, kepimpinan, servis komuniti, aktiviti bisnes dan sebagainya.

Majlis ini turut dianjurkan bagi mengumpulkan dana untuk tujuan kebajikan kepada Pink Ribbon Wellness (L) Foundation, Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Pertubuhan MyLife dalam meningkatkan kesedaran mengenai Kanser Payudara, memberi pengetahuan dalam bidang keusahawanan serta kemahiran kewangan.