Kembara Ramadan PRIHATIN

Kembara Ramadan Prihatin merupakan salah satu program hasil inisiatif yang dianjurkan oleh PRIHATIN dalam menjalankan aktiviti sekitar bulan ramadan dengan cara menyantuni golongan B40 dan Asnaf serta golongan yang kurang bernasib baik. Antara golongan yang terlibat adalah anak-anak yatim, anak-anak tahfiz, anak-anak sindrom down, golongan gelandangan, pelajar institusi pengajian tinggi dan petugas barisan hadapan melalui pelaksanaan program seperti program Berbuka Puasa (Iftar), Tarawih, Qiamulail dan Sahur, Pengagihan Bubur Lambuk, Sumbangan Baju Raya PRIHATIN (Baju Melayu dan Baju Kurung) dan Penyerahan Sumbangan Zakat PRIHATIN.