KASIH PRIHATIN-MAIWP merupakan satu inisiatif oleh Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan sokongan dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menunjukkan keprihatinan untuk mengurangkan beban rakyat yang terkesan akibat wabak pandemik Covid-19. Program ini dilaksanakan bagi menyahut seruan kerajaan dalam mendepani cabaran bersama-sama dan hidup sebagai masyarakat yang sentiasa membantu antara satu sama lain. Seterusnya, program ini dilaksanakan bagi tempoh selama tiga (3) bulan bermula pada September bersempena Hari Malaysia sehingga November.