Program PRIHATIN Rakyat

Program turun padang PRIHATIN bagi membantu golongan yang terjejas terutamanya yang ditimpa musibah seperti banjir dan bencana alam untuk menyampaikan sumbangan, bantuan dan mendengar keluh kesah mereka dalam meniti kehidupan seharian. PRIHATIN dan Skuad Sukarelawan Prihatin Malaysia (PRIMA) akan menyantuni golongan dan masyarakat yang memerlukan dan terjejas di seluruh pelusuk tanah air.

Program ini tidak hanya memfokuskan kepada Pendidikan sahaja tetapi turut memberi perhatian kepada golongan yang terjejas seperti petugas barisan hadapan dan kurang berkemampuan terdiri daripada golongan asnaf dan B40. Program yang diadakan adalah termasuk memberi bantuan kelengkapan asas bantuan banjir, bantuan bakul makanan keperluan asas dan bantuan barangan elektrik.