Program Kepimpinan Akademi Menara Gading (AMG)

Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) telah menjalinkan hubungan dan Kerjasama strategik bersama Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) bagi Program Kepimpinan Akademi Menara Gading (AMG) untuk membantu anak-anak Pahang mendapatkan akses kepada Pendidikan dengan memberi latihan pendidikan secara berterusan kepada pelajar yang kurang berkemampuan, Orang Asli serta pelajar yang kurang bernasib baik di negeri Pahang. Para pelajar akan dibantu dalam bidang pendidikan serta diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke menara gading. Hasilnya, ramai peserta telah berjaya menjejakkan kaki ke IPT serta berjaya dalam kerjaya mereka di peringkat profesional malah dalam bidang keusahawanan. Akademi Menara Gading (AMG) ini merupakan program dibawah naungan KDYMM Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta KDYMM Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.